Monday 12 March 2012

jOm bErkOnGsi

usah bermusuh sesama kita,
hidup aman didalam dunia;
berkongsilah pelbagai cerita,
didalam suka duka dunia.


Dalam dunia ini kita menjalani kehidupan kita sendiri. Ada suka dan ada juga yang berduka. Ingat yang suka sekarang tidak semestinya suka pada masa akan datang. Begitulah sebaliknya, yang berduka buat masa ini tidak semestinya akan berduka buat selama-lamanya. Hal ini sama dengan pepatah orang tua-tua dahulu "YANG DI ATAS TIDAK AKAN SENTIASA BERADA DI ATAS". Begitulah kehidupan yang kita jalani sendiri didalam dunia ini. Apabila SUKA haruslah beringat agar kita tidak terlebih sehinnga lari daripada ajarannya. Manakala yang sedang berDUKA juga tidak seharusnya berlama-lama kerana takut akan memakan diri sendiri pula. DUNIA ini bukan milik kita seorang, disebabkan itu marilah kita berkongsi SUKA DUKA kita didalam DUNIA ini.


kehidupan ada duka ada suka,
kongsilah semua bersama-sama,
bila suka ingatlah yang berduka;
jangan dilupa dunia milik bersama.

No comments:

Post a Comment