Monday 12 March 2012

CINTA ITU BUTA ???

Percaya atau tidak....
Risik-risik sendiri lah :


  • CINTA ITU BUTA mungkin betul tanpa batasan usia, agama, fahaman dan darjat.
  • CINTA selalu mengatasi segalanya. Tapi ingat, tak semua yang indah itu kekal selamanya.
  • CINTA ITU BUTA boleh memudaratkan. Kita perlu berwaspada kerana yang penting adalah keharmonian dan kesejahteraan dalam kehiduapan kita sendiri. Tak guna dapat bercinta kalau akhirnya diri dan badan yang merana.
  • CINTA ITU BUTA harus ada pedoman. Ia hanya bermakna jika kasih sayang terpelihara dan pastikan ada batasannya serta hala tuju untuk masa hadapan.
  • CINTA ITU BUTA akan membawa bencana. Jika terlalu mengikut nafsu dan perasaan tanpa mengira kesan dan akibatnya. Tapi memang hakikatnya.
  • CINTA ITU BUTA hanya kata-kata manis

Berjanji untuk hidup besamanya,
Sehingga terucap semua kata-kata;
Kita hanya pandai meluahkannya,
Tetapi benarkah cinta itu buta?

jOm bErkOnGsi

usah bermusuh sesama kita,
hidup aman didalam dunia;
berkongsilah pelbagai cerita,
didalam suka duka dunia.


Dalam dunia ini kita menjalani kehidupan kita sendiri. Ada suka dan ada juga yang berduka. Ingat yang suka sekarang tidak semestinya suka pada masa akan datang. Begitulah sebaliknya, yang berduka buat masa ini tidak semestinya akan berduka buat selama-lamanya. Hal ini sama dengan pepatah orang tua-tua dahulu "YANG DI ATAS TIDAK AKAN SENTIASA BERADA DI ATAS". Begitulah kehidupan yang kita jalani sendiri didalam dunia ini. Apabila SUKA haruslah beringat agar kita tidak terlebih sehinnga lari daripada ajarannya. Manakala yang sedang berDUKA juga tidak seharusnya berlama-lama kerana takut akan memakan diri sendiri pula. DUNIA ini bukan milik kita seorang, disebabkan itu marilah kita berkongsi SUKA DUKA kita didalam DUNIA ini.


kehidupan ada duka ada suka,
kongsilah semua bersama-sama,
bila suka ingatlah yang berduka;
jangan dilupa dunia milik bersama.